SYARIAH DIPERKASA, UNDANG-UNDANG DIMARTABAT Nukilan Siswa siri 22
Islam adalah sistem
hidup yang sempurna, mencakupi seluruh aspek kehidupan iaitu pemerintahan,
ekonomi, sosial serta seluruh lapangan kehidupan, yang memenuhi keperluan dan
tuntutan fitrah manusia. Namun,era globalisasi hari ini menyaksikan sekularisme
telah berjaya menjalar dan menapak pada pemikiran sebahagian umat Islam hingga mengingkari
kesyumulan Islam serta membataskan Islam dalam konteks ta’abbudiyyah (ibadat)
sahaja.
Firman Allah Taala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ
كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ
مُّبِينٌ
Wahai
orang-orang yang beriman! Masukklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan
janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata
bagimu.
. Islam bukanlah terhad dalam lingkungan
masjid dan lilitan serban atau bertudung labuh semata-mata bahkan ia adalah
panduan kehidupan agar manusia tidak tersasar daripada landasan yang benar.Menjadi
kewajipan ke atas setiap umat Islam untuk bergerak dan beramal dengan Islam
secara menyeluruh,hatta daripada bersiwak sehinggalah kepada soal jihad.
Imam Al-Ghazali ada menyebut :
والملك والدين توأمان فالدين أصل والسلطان حارس، وما لا أصل له فمهدوم وما لا حارس له فضائع
"Pemerintah dan
agama (Islam) adalah kembar. Maka agama adalah asas dan pemerintah adalah
penjaga kepada asas tersebut. Apa-apa yang tiada asas akan runtuh dan apa-apa
yang tiada penjaga akan hilang"
Baru-baru ini, satu langkah ke arah pemerkasaan syariah telah diambil di
mana usul Rang Undang-Undang 355 (RUU355) telah diperbahaskan di Parlimen
Malaysia. Ini merupakan satu berita gembira bagi umat Islam bagi melihat
institusi mahkamah syariah dinaiktaraf. Seharusnya usaha murni ini diambil
perhatian dan disokong oleh semua umat Islam.
Sesungguhnya cahaya agama Allah
tidak akan terpadam, bahkan kitalah yang membantu dalam memenangkan dan
meninggikan agamaNYA. Yakinlah bahawa kemenangan Islam itu pasti, dan masa
depan ummat akan terjamin dengan Islam.
Aslim taslam!
“Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”
Disediakan oleh :
Nur Farrah Ain binti Zaidi
Timbalan Ketua Lajnah
Penerangan dan Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan