BERIMANKAH KITA DENGAN AL-QURAN?- Nukilan Siswa Siri 31 Edisi Ramadan
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maksudnya : Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran).(Surah Muhammad : ayat 24)
Kesinambungan ilmu, iman dan amal tidak mampu dipertikai. Bagaimana seseorang itu beriman dengan Allah dan RasulNya, mengetahui kewajipan solat tapi tidak tunaikannya? Benarkah ia iman yang sebenar?
Al-Quran yang dibaca sehari-hari sepatutnya dijadikan panduan untuk memimpin kita mendapat keredaanNya. Membacanya adalah ibadah, menghafal dan memuliakannya juga diberikan ganjaran. Namun bukan terhenti sekadar itu, ada tuntutan yang perlu dilaksanakan.
Lihatlah bagaimana sejarah menukilkan bahawa Saidina Umar R.A bila bermuamalat dengan al-Quran, beliau tidak akan berganjak ke ayat seterusnya sebelum beramal dengan ayat tersebut.
Sebagaimana surah al-Kahfi yang dituntut untuk dilazimi pada setiap hari jumaat. Semestinya untuk menyelamatkan kita daripada fitnah Dajjal bukan hanya sekadar membacanya. Keberkatannya tidak dinafikan mampu melindungi kita. Namun, mentadabbur setiap ayat dalam surah ini membantu kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang akan berlaku. Terutamanya di zaman fitnah yang berleluasa ini.
Kesimpulannya, bersempena dengan bulan yang diagungkan al-Quran di dalamnya, marilah kita bersama-sama mentadabbur dan menghayati isinya dang mengamalkan ia dengan sebaiknya.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan oleh:
Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi
Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan