MEMAKNAKAN ERTI KEMENANGAN SYAWAL - Nukilan Siswa siri 33
Gema takbir
raya sayu berkumandang sejurus selepas maghrib menandakan bulan Syawal telah
pun menjelma. Berakhirnya tugasan besar kita iaitu puasa Ramadan selaku orang mukmin yang benar-benar
beriman. Sebulan kita menjalani harian
dengan penuh cabaran dan godaan. Maka pada hari ini kita telah mencapai
kemenangan dalam jihad mengendalikan
nafsu sendiri. Insan yang benar-benar menghayati Ramadan sudah pasti
mengharapkan “Piala Takwa” dapat digapai.
Persoalan kepada
diri, adakah janji untuk Istiqamah dalam
melaksakan kebaikan di bulan Syawal ini
diteruskan? Tepuk dada tanyalah iman kita. Bacaan al-Quran, zikir, sedekah dan
sebagainya di Bulan Ramadan sebelum ini perlu untuk diteruskan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Wahai manusia lakukanlah
amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu
jemu. Amalan yang paling Allah sukai
adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Erti Hari Raya
Berkata ahli
hikmah “ Berhari raya itu bukanlah bukanlah orang dapat pakaian baharu, sesungguhnya
berhari raya itu ialah orang yang semakin bertambah ketaatannya kepada Allah
S.W.T.
Allah S.W.T
berfirman yang bermaksud “ Dan hendaklah
kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas
petunjukNya yang diberikan kepada kamu supaya kamu bersyukur.” (Surah
al-Baqarah : ayat 185 )
Sambutlah Syawal
atas kehendak syariat bukan semata-mata adat. Memaknakan erti hari raya dengan
penuh rasa kesyukuran dan penghambaan kepada Allah S.W.T
Marilah kita
kembali kepada kesucian fitrah, kesucian ajaran Islam dengan menghidupkan suasana harmoni, hormat
menghormati, saling menghargai antara satu sama lain.
Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan
Disediakan oleh :
Muhammad Nazim bin Mohd Sahaimi
Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan