SYAWAL ’17 : WARNA-WARNI AIDILFITRI
24-27 Jun 2017, KAHERAH : Telah
berlangsung dengan jayanya Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17)
anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017. Program ini
telah berlangsung selama 4 hari , padat dengan aktiviti yang disediakan oleh
SYAWAL ’17.
Hari pertama 24 Jun 2017, pada jam 2.00
petang Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17) telah dimulakan
dengan slot Ambang Raya iaitu Pembentangan Fiqh Raya yang berkonsepkan
Talkshow. Slot ini telah disampaikan oleh saudara Muhammad Faiz bin Othman,
Ketua Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2016/2017 ditemani moderator saudara Khair
Zamir bin Dzulkifli. Selepas asar pula, telah diadakan Majlis Khatam al-Quran
yang dipimpin oleh saudara Muhammad Faiz bin Syafie dan tepat jam 5.00 petang
Majlis Penutupan IHTIRAM ’17 dan Perasmian SYAWAL ’17 dimulakan.
Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asma’ul
Husna. Kemudian ucapan yang disampaikan oleh pengarah IHTIRAM
’17 saudara Muhammad Hazman bin Zabil
diikuti ucapan pengarah SYAWAL ’17
saudara Khalif bin Idrus. Majlis
pada petang itu diakhiri dengan ucapan yang disampaikan oleh saudara Muhamad
Nazif bin Shaari Yang Dipertua Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 sekaligus merasmikan Program SYAWA
L’17 dan memotong kek sebagai simbolik Ulangtahun BKASM kali ke-52. Selepas
perasmian, disampaikan pula hadiah kepada para pemenang dalam acara Kuiz Ramadan Mingguan, Ikon Ramadan,
Beit Terbaik dan Kpi UBS yang dipertandingkan sepanjang berlangsungnya
IHTIRAM ’17. Selepas Maghrib pula,
mahasiswa dan mahasiswi disajikan dengan Iftar Jama’ie. Pada jam 9.10
malam pula telah diadakan Baraan Takbir Raya.
Hari kedua 25 Jun 2017, program bermula
seawal jam 3.00 pagi dengan aktiviti solat subuh secara berjemaah. Selepas itu, pada jam 5.00
pagi mahasiswa dan mahasisiwi bersiap sedia untuk menunaikan Solat Sunat
Aidilfitri di Suq Sayyarat. Kemudian, mahasiswa dan mahasiswi diberikan
masa seluas-luasnya untuk melakukan aktiviti bebas seperti menghidupkan suasana
raya dan bermaaf-maafan. Pada jam 9.00 pagi pula telah diadakan Ziarah Mahabbah
yang melibatkan ahli asrama dan korus. Pada sebelah malamnya pula, aktiviti
rewang telah diadakan sebagai persediaan untuk rumah terbuka esoknya dan
berakhir pada jam 11.00 malam.
Hari ketiga 26 Jun 2017, seperti
sebelumnya program dimulai dengan Tazkirah Subuh Khas bersempena bulan kemenangan.
Pada jam 12.30 tengahari telah diadakan pula Rumah Terbuka BKASM . Pada sebelah
malamnya telah diadakan Pertandingan Dur Gamil Raya.
Hari keempat 27 Jun 2017, program dimulakan
dengan solat subuh secara berjemaah seawal jam 3.00 pagi diikuti Tazkirah Subuh
Khas yang disampaikan oleh saudara Khalif bin Idrus ,Pengarah Sambutan Yaumul
Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17). Selepas daripada itu telah diadakan Aktiviti
Outdoor Raya bagi akhawat bertempat di Dewan Musallas pada waktu pagi manakala
bagi ikhwah pula telah diadakan di Dataran Hayyu Asyir selepas Asar.
Kemudian ,tepat jam 7.30 malam pula Majlis
Penutupan SYAWAL’17 telah dimulakan dengan alunan nasyid Asmaaul Husna.
Kemudian diikuti ucapan yang disampaikan oleh saudara Khalif bin Idrus Pengarah
SYAWAL’17. Seterusnya ucapan disampaikan pula oleh saudara Muhamad Nazif bin Shaari, Yang Dipertua BKASM diikuti
ucapan penutupan yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Arif Bin Noorzali, Warden Asrama Rumah
Selangor.
Seterusnya, disampaikan pula hadiah
kepada para pemenang untuk setiap aktiviti yang diadakan sepanjang SYAWAL ’17.
Selepas itu, semua hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan Nasyid Raya
dan Setia bersama Ukhuwah. Para hadirin telah disajikan dengan sajian menu ayam
BBQ, kentang putar serta coslow.
Dengan penganjuran Sambutan Yaumul
Aidilfitri 2017 (SYAWAL ’17) pada tahun ini, semoga ia menjadi satu wasilah
dalam memupuk ukhuwah Islamiah dan juga jalinan kasih sayang dalam kalangan
ahli BKASM seterusnya menjadikan BKASM sebagai wadah utama dalam menjaga setiap
kebajikan ahlinya di bumi Mesir ini.
"Memurnikan Pemikiran
Meribat Kebersamaan"
Disediakan oleh :
Noradira binti Syafril
Setiausaha SYAWAL ‘17
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan