PALESTIN BUMI JIHAD, BERTERUSAN HINGGA KE HARI KIAMAT - Nukilan Siswa siri 37

Isu Palestin adalah isu penyatuan umat Islam di seluruh dunia, tidak hanya terletak pada bahu umat Islam Palestin sahaja, bahkan menjadi tanggungjawab dan kewajipan ke atas seluruh umat Islam di dunia. Salahuddin Al-Ayubi yang dahulunya telah membebaskan Palestin bukanlah berasal dari rakyat Palestin dan juga bukanlah berketurunan Arab, akan tetapi beliau memahami hak dan kewajipannya ke atas bumi Palestin daripada sudut agama. Merujuk kepada satu fakta bahawasanya penduduk Yahudi di muka bumi adalah seramai 17 juta berbanding umat Islam yang berjumlah seramai 1.7 billion. Jadi, persoalannya di sini adalah mengapa dan bagaimana umat Islam boleh diperlekeh oleh mereka sedemikian ? Jawapannya, adalah kerana kealpaan umat Islam itu sendiri terhadap kesatuan umat dan sensitiviti serta tanggungjawab kita terhadap Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis. Kelicikan Yahudi menggunakan senjatanya yang paling ampuh iaitu media massa dengan menyembunyikan fakta-fakta penting menge...