PALESTIN BUMI JIHAD, BERTERUSAN HINGGA KE HARI KIAMAT - Nukilan Siswa siri 37
Isu Palestin
adalah isu penyatuan umat Islam di seluruh dunia, tidak hanya terletak pada
bahu umat Islam Palestin sahaja, bahkan menjadi tanggungjawab dan kewajipan ke
atas seluruh umat Islam di dunia. Salahuddin Al-Ayubi yang dahulunya telah membebaskan Palestin
bukanlah berasal dari rakyat Palestin dan juga bukanlah berketurunan Arab, akan tetapi beliau memahami hak dan
kewajipannya ke atas bumi Palestin daripada sudut agama.
Merujuk kepada
satu fakta bahawasanya penduduk Yahudi di muka bumi adalah seramai 17 juta
berbanding umat Islam yang berjumlah seramai 1.7 billion. Jadi, persoalannya di
sini adalah mengapa dan bagaimana umat Islam boleh diperlekeh oleh mereka
sedemikian ?
Jawapannya,
adalah kerana kealpaan umat Islam itu sendiri terhadap kesatuan umat dan
sensitiviti serta tanggungjawab kita terhadap Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis.
Kelicikan Yahudi menggunakan senjatanya yang paling ampuh iaitu media massa
dengan menyembunyikan fakta-fakta penting mengenai isu Palestin dan sekalipun
mereka memaparkannya, ia akan menonjolkan sudut baik pandangan mereka dan
akhirnya melalaikan umat Islam daripada terus cakna akan isu ini.
Pada waktu
ini, Yahudi Zionis sedang giat menjalankan aktiviti-aktiviti mereka yang
dinamakan Projek Pengyahudian Masjid
Al-Aqsa. Mereka telah menjalankan aktiviti membina terowong yang bertujuan
untuk melemahkan struktur binaan Masjid Al-Aqsa dan menyingkirkan umat Islam
agar mereka berjaya membina kuil agama mereka di atasnya. Antara kejahatan lain
yang dilakukan adalah mengubah ciri-ciri Islamik masjid tesebut kepada Judaism,
dan baru-baru ini menghalang umat Islam Palestin daripada menunaikan solat di
sana, bahkan cubaan untuk membakar dan mengebom masjid ini suatu ketika dahulu
juga pernah dilakukan.
Daripada sini,
kita sebagai umat Islam mestilah mempunyai pendirian yang teguh untuk membantu
Masjid Al-Aqsa dan memahami isu Al-Aqsa
dengan mendalam serta mengetahui peranan kita sebagai seorang muslim.
Palestin
adalah bumi jihad yang berterusan hingga ke hari kiamat, seperti yang telah
dinyatakan dalam hadis nabi,
Maksudnya: Daripada Abi Umaimah berkata, Rasulullah
S.A.W bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakkan kebenaran,
mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali
apa yang dibuat dari belakang mereka. Mereka sentiasa begitu sehingga datangnya
pertolongan Allah S.W.T. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: di Baitulmaqdis, dan sekeliling Baitulmaqdis.
Riwayat Imam Ahmad
Riwayat Imam Ahmad
Maka kita semua diperintahkan
oleh Allah S.W.T untuk berusaha sedaya upaya, membantu Masjid Al-Aqsa,
Baitulmaqdis dan Palestin keseluruhannya, dan yakinlah pertolongan Allah akan
datang. Semarakkan doa qunut nazilah buat saudara-saudara seislam yang di
zalimi di sana. Semoga akan bebas Palestin dan seisinya suatu hari nanti.
“Memurnikan Pemikiran Meribat
Kebersamaan”
Disediakan oleh:
Nur Farrah Ain Binti Zaidi
Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan