DE' GATHERING OF SELANGOR NEW STUDENTS (DIRGAHAYU '17) : MELANGKAH DENGAN CITA
8 JULAI 2017, KAHERAH -
Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor
Mesir sesi 2016/2017 telah menganjurkan De' Gathering Of Selangor New Students
2017 (DIRGAHAYU'17) yang bertempat di Asrama Rumah Selangor dan kawasan sekitarnya.
Program ini bertujuan untuk
membentuk kebersamaan dengan menerapkan ukhuwah islamiah dalam kalangan mereka.
Seterusnya, menjadi salah satu medium asas dalam mempersiapkan jati diri di
samping menerapkan kefahaman Islam yang sebenar kepada mahasiswa/wi
baru.
Seramai 41 orang ikhwah dan 32
orang akhawat telah menyertai program ini. Program dimulakan dengan perasmian
pembukaan majlis yang dirasmikan oleh saudari Aisyah binti Mhd Shukeri,
Timbalan Yang Dipertua II BKASM sesi 2016/2017.
Program ini dijalankan sebanyak
lima slot dan diselitkan dengan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) iaitu:
GKB 1 : Ice Breaking
SLOT 1 : Ta'lim Mutaalim
GKB 2 : Pengurusan Masa
SLOT 2 : Teknik Muamalat di
Mesir
GKB 3 : Ukhuwah Game l
SLOT 3 : Sejarah Mesir &
Al-Azhar
SLOT 4 : Talkshow Mahasiswa
Ukhuwah Game ll : Explorace
SLOT 5 : Pengenalan BKASM dan
AJKT BKASM sesi 2016/2017
Aktiviti Explorace diadakan
bagi menguji fizikal dan mental peserta dan semuanya berjalan lancar serta
majlis perasmian penutup dirasmikan oleh saudara Muhamad Nazif bin Shaari, Yang
Dipertua BKASM sesi 2016/2017.
Semoga dengan terlaksananya
program ini dapat meribat kebersamaan dan semangat dalam kalangan mahasiswa/wi
baru dalam meneruskan pengajian di Perlembahan Nil ini.
"Meribat Ukhuwah Melestari
Wehdah"
"Memurnikan Pemikiran
Meribat Kebersamaan"
DIRGAHAYU '17
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan