KITA PENDOKONG AGAMA ALLAH - Nukilan Siswa siri 36
Wahai orang-orang yang beriman!
Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan
penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada
penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam
perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab:
"Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak
berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak
lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang
beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang
menang.
(Surah As-Saf : ayat 14)
Pendokong agama
Allah adalah orang yang membantu mempertahan, menegak dan meninggikan agamaNya.
Jadilah seperti golongan Hawariun yang tetap setia kepada nabi Isa A.S yang jumlah mereka yang sedikit. Allah S.W.T
menjanjikan kemenangan kepada pendokong agamaNya seperti yang terkandung dalam
surah di atas.
Golongan Hawariun yang
berjumlah 12 orang itu besungguh-sungguh mempertahankan agama Allah. Mereka
menghadapi penindasan yang dahsyat daripada pemerintah ketika itu. Ada di
antara mereka yang dibelah kepala dan jasad dengan gergaji dan pelbagai
penyiksaan lagi. Dengan sebab itulah Rasulullah S.A.W memerintahkan orang yang
beriman supaya mencontohi perjuangan golongan Hawariun.
Jangan menyesal dengan
apa yang telah kita azamkan. Ingatlah Allah
sentiasa memerhatikan kita tanpa kita sedarkan. Jangan takut dengan bayangan
manusia yang ada tetapi takutlah dengan azab Allah bagi mereka yang lalai dan
alpa sengan suruhanNya. Apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari
hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya.
Kita sebagai golongan
Islam, bukan sekadar mahu mencapai kemenangan tetapi perkara yang perlu
difikirkan juga adalah apa yang ingin kita laksanakan selepas kita mencapai
kemenangan itu. Adakah kita ingin melaksanakan Islam secara bersungguh-sungguh
ataupun tidak? Kalau sesuatu kemenangan itu tidak diisi dengan Islam maka
samalah seperti sistem jahiliah.
Akhir kata marilah kita bersama-sama perkukuhkan posisi,
menyusun segala strategi demi memartabatkan Islam serta berdoalah dengan sang
pencipta semoga dengan didikan ini menguatkan lagi hubungan kita terhadap tuhan
pencipta alam serta terus istiqamah berbakti untuk Islam.
"Memurnikan
Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan
oleh :
Muhamad Nasrul bin Jamal
Bendahari Kehormat
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan