Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

BELUM SAMPAIKAH MASANYA UNTUK KHUSYUK? - Minda Siswa Siri 8

Imej
BELUM SAMPAIKAH MASANYA UNTUK KHUSYUK? Rasulullah SAW sebagai pemimpin umat dan penunjuk jalan kebenaran sudah terlalu jauh meninggalkan kita. Al-Quran yang diwariskan merupakan panduan yang tidak ada sebarang syak padanya, baik tentang datangnya dari Allah mahupun tentang kesempurnaanya dan ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang hendak bertakwa. Secara fitrahnya, tiada satu makhluk yang mampu hidup tanpa ada pegangan dan sandaran. Allah SWT telah memuliakan orang-orang beriman dengan pegangan al-Quran yang terselamat dari sebarang tahrif (penyelewengan) dan tabdil (pergantian). Namun, berapa ramai yang melazimi al-Quran hari ini tetapi seolah-olah jiwa dan tindakannya belum cukup tunduk dan serius dengan kebenaran Islam? Di dalam Surah Al-Hadid ayat 16 telah merakamkan teguran Allah SWT kepada para sahabat RA yang ketika itu bersikap sambil lewa, banyak bergurau dan tidak serius dengan ajaran Islam selepas berlalu beberapa tempoh. أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ ت...
Imej
[ MEMORI KELUARGA BKASM 2019 : SELAMI FITRAH UKHUWAH FILLAH ] 14 - 16 MAC 2019 – Kaherah : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 telah menganjurkan satu program yang berkonsepkan kekeluargaan iaitu Memori Keluarga BKASM 2019 atau lebih dikenali sebagai MOMENT '19. Tujuan MOMENT '19 diadakan adalah untuk mengukuhkan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKASM serta menerapkan thaqafah dan nilai Islam dalam ahli BKASM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Program tersebut telah berlangsung selama tiga hari. Hari Keluarga Ikhwah telah berlangsung pada tanggal 15 dan 16 Mac bertempat di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir dan Nadi Syabab, Hayyu Sadis manakala Hari Keluarga Akhawat telah dilaksanakan di Asrama Rumah Selangor dan Hadiqah Fustat pada 14 dan 16 Mac. Hari keluarga pada kali ini disertai hampir 400 orang ahli BKASM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan MOMENT '19, antaranya slot 'Ice Breaking', 'Sembang Santai, ...
Imej
[ KELAS BAKERI ] 9 MAC 2019, SABTU, KAHERAH - Lajnah Kesenian dan Sukan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2018/2019 telah mengadakan kelas bakeri khusus untuk ikhwah dan akhawat. Antara objektif kelas ini dijalankan adalah sebagai medium kepada ahli untuk menambah kemahiran dan mencungkil bakat dalam kemahiran pastri serta dapat mengeratkan ukhuwah sesama peserta. Kelas ini bertempat di Asrama Rumah Selangor bermula jam 1.00 petang sehingga 4.00 petang. Kelas ini dimulakan dengan penerangan membuat kek pisang oleh Ustaz Muhammad Ammar bin Makmor di sebelah ikhwah dan cara-cara membuat roti kopi dan 'cinnamon roll' oleh Ustazah Sheila Natasha binti Hassan di sebelah akhawat. Kemudian kelas diteruskan dengan praktikal daripada ahli. Semoga kelas ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada semua ahli yang terlibat seterusnya dapat menyumbang kepada agama Islam. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan...

[ PERJUANGKAN HAK BERPANDUKAN WAHYU ALLAH BUKANNYA NAFSU - Minda Siswa Siri 7 ]

Imej
P erjuangkan Hak Berpandukan Wahyu Allah Bukannya Nafsu . Firman Allah SWT :                                                                                         جَعَلۡنٰكَ عَلٰى شَرِيۡعَةٍ مِّنَ الۡاَمۡرِ فَاتَّبِعۡهَا وَلَا تَتَّبِعۡ اَهۡوَآءَ الَّذِيۡنَ لَا يَعۡلَمُوۡنَ‏                                                                                                                Maksudnya : “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engka...
Imej
PERISTIWA AHZAB : ANTARA IMAN DAN KUFUR Firman Allah SWT : إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ . Maksudnya : “Ketika itu mereka datang kepadamu dari belah hulur dan dari belah hilir (tempat pertahanan) kamu, dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Surah Al-Ahzab : ayat 10)      Ayat di atas menerangkan keadaan umat Islam ketika berlakunya peperangan Ahzab. Tentera Islam diserang dari pelbagai sudut oleh musuh dari pada golongan musyrikin dan munafik in .        Peperangan ini berasaskan pengkhianatan golongan Yahudi yang memberi peransang kepada orang-orang Musyrikin. Pengkhianatan berlaku bukan sahaja di kalangan Bani Nadir, tetapi disertai oleh Bani Quraizah dan mempunyai perjanjia...