[ MEMORI KELUARGA BKASM 2019 : SELAMI FITRAH UKHUWAH FILLAH ]
14 - 16 MAC 2019 – Kaherah : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 telah menganjurkan satu program yang berkonsepkan kekeluargaan iaitu Memori Keluarga BKASM 2019 atau lebih dikenali sebagai MOMENT '19. Tujuan MOMENT '19 diadakan adalah untuk mengukuhkan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKASM serta menerapkan thaqafah dan nilai Islam dalam ahli BKASM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Program tersebut telah berlangsung selama tiga hari. Hari Keluarga Ikhwah telah berlangsung pada tanggal 15 dan 16 Mac bertempat di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir dan Nadi Syabab, Hayyu Sadis manakala Hari Keluarga Akhawat telah dilaksanakan di Asrama Rumah Selangor dan Hadiqah Fustat pada 14 dan 16 Mac.
Hari keluarga pada kali ini disertai hampir 400 orang ahli BKASM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan MOMENT '19, antaranya slot 'Ice Breaking', 'Sembang Santai, 'Treasure Hunt', sukaneka, 'Explorace', pertandingan tarik tali serta pelbagai lagi aktiviti bagi merealisasikan objektif kita pada kali ini.
Diharapkan agar program yang telah dianjurkan ini memberi manfaat buat semua ahli BKASM terutamanya dalam mengukuhkan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKASM. Disamping itu, semoga ianya dapat menerapkan thaqafah dan nilai Islam dalam ahli BKASM melalui aktiviti yang dijalankan.
Semoga ikatan ukhuwah antara ahli BKASM mendapat keberkatan daripada Allah dan dijauhkan daripada pepecahan.
"Selami Fitrah Ukhuwah Fillah"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
Disediakan oleh :
Setiausaha,
Memori Keluarga BKASM 2019 (MOMENT '19),
BKASM sesi 2018/2019.
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
Ulasan
Catat Ulasan