Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

ILMU : ALAT UNTUK TAAT

Imej
ILMU : ALAT UNTUK TAAT   Ketika mana Nabi Adam AS diciptakan, agenda pertama yang Allah susun untuknya adalah ilmu. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Barqarah ayat 31, وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ Maksudnya : “Dan Ia (Allah) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman : “Terangkanlah kepadaKu nama benda-bendanya ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”   Sejarah banyak menceritakan kisah-kisah golongan-golongan yang tinggi ilmunya. Ada yang diberi hidayah oleh Allah SWT dan ada yang terus berada dalam kesesatan. Antara golongan berilmu yang diberi hidayah oleh Allah SWT adalah para nabi, para sahabat dan yang mengikuti jalan mereka. Dan di antara golongan berilmu yang sesat pula adalah iblis, ahli kitab dan mereka yang mengikuti jalan-jalan golongan sepe...

[ SUMBANGAN KEBAJIKAN ]

Imej
[ SUMBANGAN KEBAJIKAN ] 24 APRIL 2019, SELASA - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 diwakili oleh saudara Nabil Rusyaidi bin Ramli selaku Yang Dipertua BKASM sesi 2018/2019 telah menyerahkan sumbangan kepada saudara Ahmad Luqman bin Zainal Abidin di atas kelahiran cahaya matanya yang pertama. Moga mujahidah yang lahir ini menjadi harapan untuk ummah akan datang. "Mengukuhkan Kebajikan Tunjang Kesatuan" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan" Lajnah Kebajikan BKASM sesi 2018/2019 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Imej
[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat mementingkan unsur-unsur pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah. Penerapan unsur tarbiah juga merupakan satu keperluan bagi melahirkan generasi Islam yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani. Sempena imtihan fasa dua yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 26 April 2019. Semoga kita dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat memanfaatkan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga kita bersama-sama memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar (Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2018/2019) "Mantap Tarbiah Unggul Sahsiah" "Memurnikan Pemikiran Melestar...

KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA

Imej
KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Seperti sedia maklum, pengajian fasa kedua bagi sesi 2018/2019 sedang rancak berlangsung dalam tempoh menuju tarikh peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi. Mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus lumus membuat persiapan dari pelbagai sudut seperti menghadiri kuliah, menghadiri kelas tutorial dan membuat ulang kaji pelajaran bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 25 April 2018 adalah tarikh penangguhan bagi semua program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksa...

[ PERTEMUAN BERSAMA ATASE : MENERUSKAN KERJASAMA DALAM PENGURUSAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU SESI 2019/2020 ]

Imej
[ PERTEMUAN BERSAMA ATASE : MENERUSKAN KERJASAMA DALAM PENGURUSAN URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BARU SESI 2019/2020 ] 18 April 2019, Khamis, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah membuat pertemuan bersama Ustaz Mohd. Yasser bin Abdul Ghani selaku Atase Pendidikan Selangor Mesir di Pejabat Atase Pendidikan Selangor. Pertemuan ini bertujuan bagi membincangkan kerjasama dalam pengurusan Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru sesi 2019/2020 (USMB '19) yang diketuai oleh Yang Dipertua BKASM, saudara Nabil Rusyaidi bin Ramli bersama beberapa wakil AJKT dan Jabatan Pengarah Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru sesi 2019/2020 (USMB '19). Alhamdulillah, perbincangan berjalan dengan lancar dan pihak BKASM sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Atase Pendidikan Mesir dalam penghantaran mahasiswa dan mahasiswi baru di Mesir seperti tahun-tahun sebelum ini. Perkara ini merupakan salah satu usaha bagi memastikan kebajikan sambutan mahasiswa dan mahasiswi baru yang...

TARBIAH GENERASI SAHABAT - Minda Siswa Siri 10

Imej
TARBIAH GENERASI SAHABAT Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. ” (Surah Al-Anfal : ayat 2) Rasulullah SAW telah melahirkan generasi pelapis dalam kalangan para sahabat yang cukup luar biasa. Keimanan para sahabat terhadap Allah dan Rasul - Nya begitu menggunung, keseluruhan hidup diserahkan untuk memakmurkan Islam di atas muka bumi. Umum mengetahui, Rasulullah SAW diutuskan di tengah masyarakat jahiliah. Kesesatan akidah yang jelas punca mereka jauh dari fitrah iman dan I slam. Maka Rasulullah SAW telah memulakan strategi dakwah Baginda dengan memantapkan akidah para sahabat terlebih dahulu. Kesan pemantapan akidah ini memudahkan pelaksanaan syariat Islam di samping melahirkan ...

SEJAUH MANAKAH KITA - Minda Siswa Siri 9

Imej
SEJAUH MANAKAH KITA? Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “ Dan kami telah ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk memelihara kamu dalam peperanganmu: maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah). ” (Surah Al-Anbiya ’ : ayat 80) Ayat di atas jelas menunjukkan salah satu mukjizat yang diterima oleh Nabi Daud AS adalah penguasaan besi, dan sirah juga ada merakamkan antara orang yang terawal yang mampu menguasai besi ini sendiri adalah Nabi Daud AS. Dalam al-Quran juga ada merakamkan tentang kekekuatan dan kehebatan besi yang boleh kita ambil manfaat darinya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “… kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan yang hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya …” (Surah Al-Hadid : ayat 25) Realiti pada hari ini, kemahiran besi dan teknologi ini banyak dikuasai oleh orang bukan Islam atau orang barat. Yang mana dengan besi ini mereka mampu mencipta pelbagai al...