SEJAUH MANAKAH KITA - Minda Siswa Siri 9
SEJAUH MANAKAH KITA?
Firman ALLAH
SWT yang bermaksud :
“Dan
kami telah ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk memelihara
kamu dalam peperanganmu: maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).”
(Surah
Al-Anbiya’ : ayat 80)
Ayat di atas
jelas menunjukkan salah satu mukjizat yang diterima oleh Nabi Daud AS adalah
penguasaan besi, dan sirah juga ada merakamkan antara orang yang terawal yang
mampu menguasai besi ini sendiri adalah Nabi Daud AS. Dalam al-Quran juga ada
merakamkan tentang kekekuatan dan kehebatan besi yang boleh kita ambil manfaat
darinya.
Firman ALLAH
SWT yang bermaksud :
“…kami
menciptakan besi yang mempunyai kekuatan yang hebat dan banyak manfaat bagi
manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya …”
(Surah
Al-Hadid : ayat 25)
Realiti pada
hari ini, kemahiran besi dan teknologi ini banyak dikuasai oleh orang bukan
Islam atau orang barat. Yang mana dengan besi ini mereka mampu mencipta
pelbagai alatan dan kenderaan untuk berperang melawan umat Islam itu sendiri.
Seperti yang sedang berlaku di Gaza sejak kebelakangan ini, banyak darah umat
Islam ditumpahkan dengan begitu mudah sekali dengan menggunakan
teknologi-teknologi yang mereka kuasai. Sedangkan kalau kita soroti kisah para
nabi terdahulu, umat Islam terlebih dahulu menguasai besi dan
teknologi-teknologi yang lain.
Seperti
contoh, teknologi optik yang satu ketika dahulu diciptakan oleh Ibnu Al-Haitham
dan ramai lagi tokoh-tokoh dan ilmuan
Islam. Tetapi malangnya, kesemua kemahiran itu banyak dikuasai oleh orang bukan
Islam pada hari ini.
Mengapa
perkara sebegini boleh berlaku? Tepuk dada tanya iman?
Sejauh
manakah kita mengambil ibrah atau ilmu yang pernah diwariskan kepada kita?
Sejauh
manakah keinginan atau kemahuan kita dalam mengkaji dan membaca sejarah-sejarah
Islam?
Sejauh
manakah kita ingin bertindak untuk mengembalikan Islam ditampuk pemerintahan
yang agung
Semua
jawapan itu terletak pada diri kita!
Oleh itu,
marilah sama-sama kita mengkaji sirah dan mengambil ibrah daripadanya, serta
berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah di samping bergerak dalam
kesatuan Islam supaya dapat mengembalikan keagungan Islam.
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan
Kesatuan”
Disediakan
oleh :
Nazatul
Nabilah binti Nazri
Timbalan
Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan
BKASM sesi
2018/2019
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
Ulasan
Catat Ulasan