TARBIAH GENERASI SAHABAT - Minda Siswa Siri 10
TARBIAH GENERASI SAHABAT
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang
sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan
sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah.” (Surah
Al-Anfal : ayat 2)
Rasulullah SAW telah melahirkan generasi
pelapis dalam kalangan para sahabat yang cukup luar biasa. Keimanan para sahabat terhadap Allah dan Rasul-Nya begitu menggunung,
keseluruhan
hidup diserahkan untuk memakmurkan Islam di atas muka bumi.
Umum
mengetahui, Rasulullah SAW diutuskan di tengah masyarakat jahiliah. Kesesatan
akidah yang jelas punca mereka jauh dari fitrah iman dan Islam. Maka Rasulullah
SAW telah memulakan strategi dakwah Baginda dengan memantapkan akidah para
sahabat terlebih dahulu. Kesan pemantapan akidah ini memudahkan pelaksanaan
syariat Islam di samping melahirkan generasi sahabat yang berprinsip. Seperti firman Allah SWT yang
bermaksud :
“Katakanlah : “Hai orang-orang
kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.” (Surah Al-Kafirun : ayat
1-2)
Sejarah perjuangan
Islam dipenuhi dengan pengorbanan para sahabat, hasil tarbiah imaniah oleh
Rasulullah SAW. Mereka memanifestasikan keimanan dengan membelanjakan harta dan menyerahkan jiwa
mereka semata-mata untuk perjuangan Islam. Maka lahirlah para
sahabat seperti Abu Bakar, Uthman bin
Affan, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi yang kita ketahui akan pengorbanan
mereka dalam meninfakkan harta mereka untuk Islam. Pepatah arab ada mengatakan
:
“Tiada dakwah kecuali dengan
perjuangan, dan tiada perjuangan kecuali dengan pengorbanan.”
Hasil tarbiah yang
diberikan Rasulullah SAW inilah yang menjadikan
para sahabat generasi awal sebagai teras utama dan tulang belakang kepada
perjuangan Islam. Mereka tetap istiqamah memperjuangkan Islam menentang
musuh-musuh Islam sehingga akhir hayat mereka dan menjadi pewaris kepada gerak
kerja Nabi SAW.
Rasulullah
mengiktiraf kemuliaan mereka di dalam sabdanya kepada Imran bin Husain RA
:
Maksudnya : “Sebaik-sebaik
umatku adalah mereka yang hidup di zamanku (iaitu sahabat). Kemudian
mereka (iaitu tabi’in) yang hidup mengikuti (manhaj hidup) sahabatku, kemudian
mereka (iaitu tabi’ tabi’in) yang hidup selepas tabi’in.” [Riwayat Bukhari]
Meneliti realiti hidup siswa kini, sungguh kita sangat jauh dari hakikat
hidup sebagai pejuang Islam. Cara hidup Islam hilang entah kemana, ideologi
rosak berleluasa. Maka perlu kepada satu kesedaran dalam diri kita khususnya
pelajar Pengajian Islam untuk kita hidupkan kesedaran Islam melalui
pentarbiahan seperti generasi-generasi terdahulu.
Disediakan oleh :
Ahmad Farhan bin Ahmad Azhar
Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2018/2019.
Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah
BKASM sesi 2018/2019.
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
Ulasan
Catat Ulasan