[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]

30 OGOS 2019, JUMAAT, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2018/2019 yang diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid yang bertempat di Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam.

Kunjung Hormat ini telah disertai oleh saudara Muhammad Syukri bin Rosli, saudara Mohamad Syafie bin Jasmi, saudari Nurul Hafizah binti Haron dan beberapa orang wakil ahli BKASM. SS Dato' Mufti mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan dan ahli BKASM yang sudi hadir ke Pejabat Mufti Negeri Selangor.

Beberapa nasihat dan pesanan yang dikongsikan oleh SS Dato' Mufti khusus kepada semua Mahasiswa Selangor ialah :

1) Mahasiswa perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agama Allah SWT di Mesir.
2) Mahasiswa perlu mendalami pelbagai bahasa untuk memudahkan berdakwah kepada masyarakat khususnya di Negeri Selangor.
3) Memainkan peranan untuk berdakwah kepada Non-Muslim.
4) Mahasiswa seharusnya mengambil tahu ajaran-ajaran sesat dan fahaman ideologi supaya kita tidak terikut serta mengamalkan ajaran sesat tersebut.
5) Mahasiswa juga perlu menuntut ilmu sehingga ke peringkat yang tertinggi.

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor atas kesudian menerima kunjung hormat ini. Semoga hubungan di antara BKASM dan Jabatan Mufti Negeri Selangor terus terjalin erat Insya-Allah.


"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

Disediakan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung (JASA)
BKASM sesi 2018/2019


#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG