[ SAMBUTAN DELEGASI MENTERI BESAR SELANGOR 2022 DAN MAJLIS KONVENSYEN MAHASISWA SELANGOR TIMUR TENGAH 2022 ]
[ SAMBUTAN DELEGASI MENTERI BESAR SELANGOR 2022 DAN MAJLIS KONVENSYEN MAHASISWA SELANGOR TIMUR TENGAH 2022 ]
25 - 27 SEPTEMBER 2022, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah menyambut kedatangan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan beberapa delegasi daripada Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Wakil Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Ketua Hakim Syarie Selangor.
Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan satu program bersama mahasiswa Selangor iaitu Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah Tahun 2022 (KOMSEL) yang telah bermula dari 26 sehingga 28 September 2022 di Hotel Tolip, Zahra’ Madinat Nasr. Konvensyen ini dihadiri oleh sebilangan besar Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dan ahlinya yang menjadi peserta di dalam konvensyen tersebut.
- 26 September 2022, Majlis Makan Malam YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari bersama Mahasiswa Selangor Timur Tengah di KOMSEL. Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan Yang Dipertua BKASM selaku wakil Mahasiswa Selangor Mesir telah menerima mock cheque daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad sebagai simbolik penyerahan sumbangan kepada para pelajar.
- 27 September 2022, penghantaran pulang YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari di Lapangan Terbang Kaherah yang diiringi oleh Atase Pendidikan Selangor, Ustaz Mohd Yasser bin Abd Ghani dan Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan selaku Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022. Di samping itu, BKASM juga menyerahkan sedikit cenderahati kepada Yang Amat Berhormat Dato’ sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.
BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, di atas kesudian bersama dengan para pelajar sepanjang keberadaan di bumi Mesir. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan Kerajaan Negeri dengan anak-anak Selangor di Pelembahan Nil amnya dan BKASM khususnya.
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
Disediakan oleh:
Jabatan Setiausaha Agung BKASM (JASA)
sesi 2021/2022
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan