[ KEPULANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) DAN SAMBUTAN KEDATANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) YANG BAHARU ]

[ KEPULANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) DAN SAMBUTAN KEDATANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) YANG BAHARU ]


23 DISEMBER 2022, KAHERAH - Penghantaran pulang Ustaz Mohd Yasser bin Abd Ghani, Mantan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) dan keluarga di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir yang diiringi Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar dan beberapa Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2022/2023.


Pada 26 DISEMBER 2022, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) telah menyambut kedatangan pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) yang baharu iaitu Ustaz Zulhusni bin Abd Rashid. Turut serta dalam Sambutan Kedatangan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) adalah Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar dan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2022/2023 di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir. 


BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Yasser bin Abd Ghani, Mantan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) di atas segala perkhidmatan beliau sepanjang keberadaan di bumi Mesir. 


BKASM juga mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada Ustaz Zulhusni bin Abd Rashid, Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah). 


Semoga dipermudah segala urusan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) dan sentiasa di bawah rahmat-Nya. Insya-Allah. 



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"



Disediakan oleh:

Jabatan Setiausaha Agung

BKASM sesi 2022/2023



#BersamaBersatu

#BersatuBerbakti

#KitaKeluargaBKASM

#SetiaBersamaUkhuwah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG