[KUNJUNG HORMAT YANG DIPERTUA BKASM DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]
[KUNJUNG HORMAT YANG DIPERTUA BKASM DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]
26 JANUARI 2023, KHAMIS, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) dan Ustaz Amirul Rasyid bin Shamsudin selaku Pembantu Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar, Yang Dipertua BKASM sesi 2022/2023, serta barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan penasihat BKASM sesi 2022/2023.
Pertemuan yang berlangsung adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2022/2023 serta membentangkan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi. Di samping itu, peringkat BKASM dan Pegawai Atase Pendidikan Selangor juga saling bertukar pandangan serta cadangan bagi sebarang kerjasama program dan perkara berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar Selangor.
Akhirnya, pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati kepada peringkat Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) sebagai tanda kenang-kenangan.
Pihak BKASM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) atas kesudian untuk bertemu dan beramah mesra bersama pimpinan BKASM sesi 2022/2023.
Semoga pertemuan yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sekaligus mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah). Insya-Allah.
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
Disediakan oleh :
Jabatan Setiausaha Agung (JASA)
BKASM sesi 2022/2023
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KitaKeluargaBKASM
#SetiaBersamaUkhuwah
Ulasan
Catat Ulasan