Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Mahasiswa-mahasiswi sewajibnya bersatu mempertahankan BKPJM

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah SWT tuhan pencipta alam semesta yang memberikan rahmat kepada seluruh alam. Selawat dan salam keatas nabi junjungan Muhammad ibnu Abdullah SAW,pengutus risalah kebenaran, serta para sahabat dan keluarga baginda SAW. Saya selaku wakil kepimpinan dan ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 merasakan amat kece wa dengan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak terbabit dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ini.Selaku duta yang bernaung dibawah PMRAM,kami bersepakat akan bersama dengan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) dalam mempertahankan nasib mahasiswa-mahasiswi di perantauan ini. Sejarah ini mengingatkan kita akan peristiwa genting yang dialami oleh BKASM satu ketika dahulu.Corak ugutan yang sama,mendesak para pelajar turut sama bersama mereka dan menfitnah BKASM dengan sekejam rupa.Ingatlah,para anbiya tidak mewariskan kita selaku umatnya dalam bentuk...

Makluman pemangkuan jawatan sementara AJKT BKASM Sesi 12/13

Dimaklumkan pemangkuan jawatan sementara Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2012/2013.Maklumat seperti berikut: BIL NAMA PEMANGKU 1. ASRAF BIN ALIAS KETUA LAJNAH EKONOMI MOHD AZWAN BIN ABDULL AZIZ BENDAHARI KEHORMAT 2. AINA NADZIRAH BINTI YUNUS TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT NUR HAFIZAH BINTI MASTRO TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG II 3. MARDHIAH BINTI IBRAHIM TIMBALAN KETUA LAJNAH PENEMPATAN DAN PERUMAHAN NOR AZIMAH BINTI SHAHTIR TIMBALAN KETUA LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH “PASAK KEILMUAN TEGUH PEMIKIRAN” Disediakan oleh : Setiausaha Agung, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2012/2013

Struktur Direktori Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 12/13

Imej
Direktori Ahli Jawatankuasa Tadbir  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir Sesi 2012/2013 Yang Dipertua (Lajnah Perhubungan Luar) Abdul Mun'im b. Abd Sukor @ Rahmat  jeram89@yahoo.com (01141862261) Timbalan Yang Dipertua I (Lajnah Perancang) Fikhry Hakim b. Fadzilullah fik_jordan@yahoo.com.my (01143768575) Timbalan Yang Dipertua II (Timbalan Lajnah Perancang) Siti Aisyah bt. Ismail umaraulhaq_iman@yahoo.com (01142454752) Setiausaha Agung (Lajnah Muhafazah) Muhammad Salihin b. Abdullah  syababalfateh90@gmail.com (01143093991) Timbalan Setiausaha Agung I (Lajnah Pendaftaran) Abdul Hakim b. Khairuddin abdulhakim.khairuddin@yahoo.com.my (01146889118) Timbalan Setiausaha Agung II (Timbalan Lajnah Pendaftaran) Nur Hafizah bt. Mastro nur_raudhah063@yahoo.com (01119515442) Bendahari Kehormat  Mohd Azwan b. Abdull Aziz mohdazwan38@yahoo.com (01144768136) Timbalan Bendahari ...

Ahlan Wasahlan kepada mahasiswa-mahasiswi baru Selangor

Imej
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Bersyukur kepada Allah rabbul jalil dengan limpah dan kurnianya masih diberikan peluang kehidupan hingga ke hari ini.Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad SAW,keluarga serta sahabat baginda. Hari demi hari,tahun demi tahun silih berganti,kedatangan mahasiswa membanjiri bumi anbiya ini telah bermula.Antara sebab kemahsyuran bumi Mesir hingga hari ini ialah wujudnya satu institusi yang melahirkan pelbagai jenis cendiakawan,pelapis dan pemikir iaitu Universiti Al-Azhar.Ia menunjukkan bahawa kewibawaan tanah air Mesir diharumi dengan benih keilmuan. Ahlan wasahlan diucapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi baru yang bakal menyambung pelajaran di Ardul Kinanah ini.BKASM mengalu-alukan kedatangan bakal pelapis idaman ummah yang akan mewarisi akhlak dan keperibadian para nabi ke sini. BKASM telah mewujudkan unit khas iaitu USMB “Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru” dalam membantu kebajikan mahasiswa baru bagi memudah...

Bakti Siswa Al-Azhar BKASM meneruskan penerangan survivor pewaris anbiya di SAMTTAR

Imej
Tarikh   : 6 Sept 2012. Tempat : Dewan tingkatan 6 bawah SAMTAAR Masa    : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari . Seramai lebih kurang 60 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al-Azhar  telah bersama para pelajar STAM Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR) Sg.Manggis Banting dalam menjayakan program Baktisiswa Mesir – Pengenalan Pengajian di Mesir pada tahun ini. Program ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi dengan pendaftaran pelajar.Seramai 89 orang peserta yang terdiri daripada 33 orang pelajar lelaki dan 56 orang pelajar perempuan yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah terlibat dalam program ini. Program diteruskan dengan ucapan pembukaan yang diberikan oleh saudara Mohd Ikrami Bin Daim,pemangku pengarah program juga selaku Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM.Beliau menyatakan hasrat serta harapan Yang Dipertua BKASM terhadap para pelajar yang merupakan anak-anak Selangor untuk mewarisi perjua...

Program Bakti Siswa Al-Azhar Mesir Di SAMT Batu 38 mendapat respon yang menggalakkan

Imej
RABU,5 SEPTEMBER ,Setelah berpenat menjalankan program di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamudin Kampung Jawa Klang, kini Kru Bakti Siswa Mesir 2012 di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2011/2012 sekali lagi mengadakan program di Sekolah Agama Menengah Tinggi Batu 38 Sabak Bernam.Seramai 40 orang mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar Mesir turut serta dalam menjayakan program kali ini.             Program dimulakan dengan persiapan dewan oleh semua ahli jawatankuasa program.. Tepat jam 8.30 pagi, kehadiran tetamu kehormat iaitu Ustaz Norman Abdul Rahim sebagai Guru Penolong Kanan SAMT BT 38 dan perasmi program ini,diiringi oleh pemangku pengarah program bakti siswa Mesir, Ustaz Mohd Ikrami Daim dan Ustazah Siti Farhani Ahmad Fuad sebagai timbalan pengarah II.             Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.Seramai 42 orang peserta dapat dikumpu...

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT BERSAMA EXCO NEGERI SELANGOR SESI 11/12

Imej
JUMAAT 7 SEPTEMBER 2012 , Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dan JAIS telah menganjurkan sebuah Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi yang bakal melanjutkan pengajian di bumi Mesir.Majlis telah diadakan di Masjid Ubudiah Seksyen 19,Shah Alam.             Majlis bermula sekitar jam 6.45 petang dengan sesi pendaftaran daripada para pelajar.Seramai 70 orang pelajar yang terdiri daripada pengajian islam,perubatan dan qiraat yang telah berdaftar.Majlis kemudian dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan ucapan pembukaan daripada YB Dr Abd Rani Osman.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dengan bacaan yassin dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Muhd Khairullah Hashim,mahasiswa jurusan bahasa arab Al-Azhar,Kaherah            Majlis diteruskan deng...

MAKLUMAT PEMBUKAAN USUL BERTULIS BAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-37, BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR

Imej
Assalamualaikum wbth..   Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Setiausaha Agung Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2011/2012 dengan ini membuka  Usul Bertulis  kepada semua ahli BKASM bersempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) BKASM kali ke-37 yang akan diadakan pada 19 September 2012 akan datang.             Usul merupakan suatu cadangan daripada ahli sesebuah organisasi untuk dilaksanakan pada sesi pentadbiran yang akan datang. Setiap ahli BKASM mempunyai hak untuk mencadangkan usul pada setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) diadakan. Setiap usul yang dicadangkan perlu mempunyai matan yang lengkap dan akan dibawa kepada perbincangan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2011/2012 untuk diterima supaya dapat dibahaskan dalam MAT.             Sekiranya usul diterima pada peringkat AJKT BKASM untuk dibahaskan dalam MAT, maka penca...

MENGAPA PERLU CELIK SEJARAH?

Imej
                Sejarah telah mencorakkan perjalanan sunnatullah yang telah berlaku dan tidak pernah berubah. Manusia sangat perlu mengetahui sejarah silam supaya mereka mampu memanfaatkan segala nikmat Allah S.W.T. , seterusnya mampu hidup dalam keselesaan hasil daripada peristiwa dan pengalaman golongan terdahulu dalam episod perjalanan silam. Sunnatullah yang telah berlaku pada masa silam tidak sekali-kali akan dapat diubah atau dipesongkan sepertimana firman-Nya di dalam surah Fathir ayat ke-43 yang bermaksud:                 " Maka kamu sesekali takkan dapat mengubah sunnatullah, dan tidak pula akan menemui penyimpangan bagi ketentuan Allah itu "                 Sunnatullah adalah suatu kaedah thabit yang telah ditetapkan oleh-Nya di dalam Al-Quran ...

Selamat Datang Buat Mahasiswa Baru Selangor ke Perlembahan Nil

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM)mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baru Selangor ke bumi Mesir serta mengucapkan Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum, kehadiran antum telah menyemarakkan serta menyerikan lagi medan dakwah dan pentarbiahan ilmudi bumi Mesir ini.Syukur kepada Allah SWT di atas keizinannya kita masih memiliki komitmen dan istiqamah untuk bersama dalam perjuangan islam yakni menuntut ilmu di bumi mesir ini. BKASM sebagai gerakan mahasiswa islam Selangor Mesir merasa bertanggungjawab bagi melahirkan generasi ulama ’ wal umara’ yang suatu hari nanti akan bergerak dan berbakti kepada ummah khususnya di Selangor. BKASM optimis bahawa generasi anak muda (mahasiswa baru Selangor) ini akan terus menjadi tunjang peradaban Malaysia kelak apabila mereka berpegang teguh kepada prinsip islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat. “Kehadiran mahasiswa baru ke bumi mesir umpama satu binaan jambatan (dakwah) yang bersambung saling melengkapi dan mengukuhkan ikatan ...