FORUM LANTUNAN MAHABBAH RASULULLAH SAW MENDAPAT SAMBUTAN YANG LUAR BIASA DARI BIASA
JUMAAT,25 JANUARI 2013 , Lajnah Dakwah dan Tarbiah dibawah Taakhi ZON D (PMRAM cawangan Selangor, Melaka, Pahang dan Tanta ) telah mengadakan sebuah forum bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang dinamakan sebagai Forum Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selepas solat isya'.Antara panelis forum tersebut adalah Ustaz Mohammad Zuhdi Bin Md . Piah (Graduan Mahasiswa Al-Azhar Mesir),Ustaz Mohd Bazli Bin Badaruddin (JATA PMRAM),Ustaz Abd. Nafi' Taqiuddin Bin Roslan (BP Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2012) dan saudara Adha Fahmi (Moderator). Forum tersebut bertemakan tajuk "Ibrah Min Fiqh Sirah ".Selain itu, pengajaran yang ditekankan kepada hadirin yang dating berkaitan ibrah sebenar daripada peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW. Pelbagai lapisan ahli samada mahasiswa baru mahupun yang lama turut hadir khususnya Taakhi Zon D. ...