RIBAT UKHUWAH:MAJLIS IFTOR BAKAL MAHASISWA SERIBU MENARA

Sabtu | 27 Julai 2013 - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2012/2013 dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama bakal mahasiswa/wi baru yang akan ke Mesir. Majlis ini telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bertempat di Shah Alam. Majlis tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 128 orang yang terdiri daripada 73 orang ikhwah dan 55 orang akhawat . Bukan itu sahaja,malah majlis berbuka puasa ini juga turut disertai oleh ibubapa mereka. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sentiasa memandang berat terhadap kebajikan para pelajar Selangor khususnya di Mesir. Justeru itu, majlis berbuka puasa ini adalah merupakan salah satu bentuk kebajikan awal yang diberikan kepada bakal mahasiswa/wi baru. Antara objektif majlis berbuka puasa ini diadakan adalah untuk memberikan gambaran serta pendedahan awal kepada bak...