Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Imej
ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK Pernah dengar ayat yang diketengahkan dalam tajuk di atas ini? Apakah yang dimaksudkan dengan ayat di atas? “Perbaikilah diri kamu dan (pada masa yang sama) ajaklah orang lain” Inilah antara dua elemen penting bila mana kita menggalas tugas sebagai khalifah yang ditaklifkan Allah atas setiap hambaNya yang bergelar muslim. Kalimah ini juga seringkali meniti dibibir para daie bagi menyuntik semangat untuk kita bersama-sama mendokong tanggungjawab khalifah di muka bumi ini.   REFLEKSI   DIRI        Perlu diketahui, refleksi diri atau perbaiki diri merupakan aspek penting yang menjadi tunjang dalam gerakan dakwah. Hal ini sewajarnya bermula dengan diri kita sendiri sebelum mengajak orang lain dalam berbuat kebaikan. Teruslah beramal , berubah ke arah yang lebih baik dan jangan bersedih dan takut jika perubahan kita tidak dihargai sekeliling. Sesungguhnya, pandangan dan redhaNya lebih berharga daripada nilai...

KESEDARAN ISLAM YANG SEBENAR - Tinta Jumaat Siri ke -13

Imej
  KESEDARAN ISLAM YANG SEBENAR Firman Allah swt dalam Surah Al-Isra’ ayat (11) : ويدع الإنسن بالشر دعاؤه بالخير وكان الإنسن عجولا Maksudnya : “Dan manusia seringkali berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa”. Allah swt berfirman juga dalam Surah Al-Maidah ayat (45) : ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظلمون Maksudnya : “Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. Kehilangan Islam dalam praktikal hidup masyarakat                 Cara hidup umat Islam kini sedang menolak keterangan al-quran. Mereka menolak kekuasaan, kebesaran dan janji-janji Allah.                 Keyakinan umat Islam mestilah dibina semula agar mereka merasai pentingnya rahmat Allah. Penolakan terhada...

VARIASI BARU JAULAH SRIKANDI ITQAN

Imej
25 FEBRUARI 2015 , RABU – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) Sesi 2014/2015 dibawah kelolaan Lajnah Sambutan & Rehlah (LSR) julung kalinya telah mengadakan pakej Jaulah Ilmiah ke Iskandariah dan Dumyat pada 19 dan 21 Februari 2015 khusus untuk akhawat .     Objektif yang diketengahkan pada jaulah kali ini antaranya   menjadikan jaulah sebagai wasilah tarbiah dan memberi khidmat bakti kepada ahli Bkasm secara berterusan. Selain itu, jaulah ini bertujuan memperbaharui medium sedia ada sempena menuju 50 tahun BKASM.     Jaulah Serikandi Itqan Ini mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada   ahli dengan di sertai seramai 70 orang peserta dari Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir .Perjalanan ini diketuai oleh Ustazah Nur Hidayah Binti Mohd Ariff.     Jaulah ini dimulakan dengan perjalanan ke Iskandariah .Sebelum bertolak   , para peserta menunaikan Solat Sunat Musafir dan Solat Sunat   Hajat di M...

BKASM JULUNG KALINYA MENGADAKAN JAULAH KE SELATAN SINAI

Imej
PERJALANKU SINAI ‘15 18 FEBRUARI 2015, RABU – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 dibawah kelolaan Lajnah Sambutan & Rehlah (LSR) buat julung-julung kalinya telah mengadakan lawatan ilmiah ke Semenanjung Sinai selama tiga hari dua malam pada 15, 16, dan 17 Februari 2015 khusus untuk ikhwah. Objektif yang diketengahkan pada jaulah kali ini antaranya ialah mengukuhkan ukhwah antara ahli BKASM pada setiap peringkat serta menambah pengetahuan dan thaqafah tentang sejarah dengan adanya penerangan dari musyrif berpengalaman sepanjang jaulah. Selain itu, jaulah ini juga bertujuan membentuk ahli yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti-aktiviti lasak ketika di sana. PerjalanKu Sinai ‘15 mendapat sambutan yang memberangsangkan dari ahli dengan disertai seramai 62 peserta dari Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor termasuk dua orang peserta dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Terengganu. Menariknya pada kali ini, PerjalanKu Sina...

TUHAN TAHU KITA MAMPU - Tinta Jumaat Siri ke -12

Imej
TUHAN TAHU KITA MAMPU   Hidup kita tidak lari daripada mengahadapi pelbagai UJIAN DAN CABARAN. Firman Allah Taala : أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا  حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ “ Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah”.  SURAH AL-BAQARAH :114 ...

MELANGKAH DENGAN TARBIAH - Tinta Jumaat Siri ke -11

Imej
MELANGKAH DENGAN TARBIAH     Apa itu tarbiah Islamiah?  Proses mempersiapkan manusia dengan persiapan menyeluruh,dari segala aspek kehidupan meliputi rohani, jasmani dan akal fikiran. Sekaligus dapat menciptakan keseimbangan(tawazun) dalam potensi, matlamat, ucapan serta tindakannya secara keseluruhan. Tarbiah juga merupakan salah satu wasilah bagi melahirkan insan yang soleh dan solehah. Demikian inilah yang dimaksudkan dengan tarbiah islamiah. Antara kalam Syeikh Musthafa Masyhur mengenai tarbiah : {Aqidah dan iman yang kuat adalah asas pembentukan peribadi muslim, oleh yang demikian, kecuaian di bidang ‘tarbiah’ terhitung sebagai kelemahan dalam tapak asas dan akan menghadapkan bangunan kepada keruntuhan, samada cepat atau lambat.} Istimewakah tarbiah?       Pelbagai keistimewaan yang boleh kita perolehi melalui tarbiah. Antaranya, kemampuan tarbiah dapat mengiringi fitrah manusia dalam menghadapi realiti kehidupan di bumi dan d...

AMBIL IBRAH DARI SIRAH - Tinta Jumaat Siri ke -10

Imej
AMBIL IBRAH DARI SIRAH                  Allah SWT mentakdirkan setiap sesuatu terhadap segala perkara. Tidak ada yang terkecuali. Dari sekecil benda hingga sebesar perkara. Dengan segala takdir-Nya maka terciptalah sejarah atau sirah. Di dalamnya tersurat dengan sirah, tersirat pelbagai ibrah. Al-Quran sendiri banyak merekodkan kisah,sejarah dan diselitkan juga dengan pengajaran tentang para nabi, haiwan dan alam semesta. Begitu juga As-Sunnah Nabi Muhammad SAW. ADA APA DENGAN SIRAH?                 Manusia asal pengetahuannya adalah jahil. Maka ilmulah yang akan mengalimkan mereka. Dengan mempelajari dan mengkaji sejarah maka kita akan dapati pelbagai perkara antaranya ilmu, kemahiran dan pengajaran yang utama. Sejarah para nabi, para sahabat dan tokoh-tokoh Islam adalah perkara yang mesti kita titikberatkan dalam kehidupan seharian. Ia dii...