MATLAMAT NEGARA ISLAM : MENUNAIKAN AMANAH : Tinta Jumaat siri ke 12

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah (sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” Amanah itu memberi makna yang luas, di antaranya ialah menegakkan undang-undang Allah dan mentadbir urusan manusia. Ibnu Kathir menyebut di dalam tafsir nya, zalim dan jahil itu dikecualikan daripada diberi taufiq dan pertolongan Allah. Maka tidak termasuk dalam kalangan zalim itu para Nabi ‘Alaihimussalam dan orang-orang yang menurut jejak langkah mereka. ...