Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

MEMBUMIKAN JATI DIRI ISLAM DALAM JIWA Nukilan Siswa Siri 24

Imej
"Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata." Petikan daripada ayat 4 Surah al-Mumtahanah ini menegaskan kepada kita bahawasanya sesuatu yang bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh Allah adalah tertolak. Maka tidak hairanlah Allah menegaskan kepada kita dengan ketetapan pada kalamNya dalam surah al-Baqarah ayat 138, yang bermaksud: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat." Kesempurnaan Islam seharusnya menjadikan setiap penganutnya mempraktikkan apa yang d...

MUSUH-MUSUH ISLAM DI PERINGKAT PERLAKSANAAN, KITA DI MANA? Nukilan Siswa Siri 23

Imej
            Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran yang bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.(Surah Al-Baqarah : ayat 214)           Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana sahaja ia berputar.”(Riwayat Abu Daud)                 Realiti dunia sedang menunjukkan Umat Islam yang berada di beberapa Negara Islam seperti Syria, Palestine dan lain-lain sedang diratah oleh musuh-musuh Islam. Mereka menggunakan kuasa yang ada untuk mendapatkan nikmat dan segala yang diingini tanpa bersifat berperikemanusian. Perancangan yang begitu rapi ini telah disusun begitu rapi sebelum berlaku perlaksanaannya. Antara yang telah dinyatak...

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan serta keseimbangan akademik dan thaqafah dalam kalangan ahli. Penerapan unsur tarbiah adalah sangat penting bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan dari segi rohani dan sahsiah manakala penguasaan ilmu yang bersifat turathi mahupun kontemporari serta kemahiran dalam memimpin adalah satu aspek yang tidak boleh dipandang enteng. Sempena imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017 telah menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Amali adalah pada 21 April 2017. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Amali serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dengan sebaiknya bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba. BKASM mendoakan agar semua mahasiswa dan mahasiswi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam imtihan kali ini. "Keung...

KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 2

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah badan persatuan yang sangat menitikberatkan tentang kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan pendidikan. Semua maklum bahawa pengajian fasa kedua bagi sesi 2016/2017 yang semakin rancak dalam tempoh menuju musim peperiksaan dan mahasiswa/wi kini sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi mendapatkan kejayaan yang dicita-citakan dalam peperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM telah memutuskan tarikh 21 April 2017 adalah tarikh penangguhan bagi sebarang program di peringkat BKASM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja dibenarkan berlangsung. Ini bagi memberi persediaan dan nilai tambah kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Usaha itu tangga kejayaan. Oleh yang demikian, mahasiswa/wi diharapkan dapat mempertingkatkan prestasi, berikan sepenuh konsentrasi, dan serlahkan segala potensi kerana kejayaan tidak datang bergolek dengan sendiri. Serta yan...

[ GENERASI HARAPAN ASET KESATUAN ]

Imej
10 April 2017, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB ’17) dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir, telah menyambut ketibaan mahasiswa dan mahasiswi baru di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir. Rombongan pertama kedatangan mahasiswa/wi baru turut diiringi oleh Pengerusi ILMAM Selangor, Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal. Turut sama mengiringi saudara Abdul Hadi bin Hidzan, Pengarah ILMAM Selangor. Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 66 orang yang terdiri daripada 35 mahasiswa dan 31 mahasiswi di bawah ILMAM Selangor. Manakala rombongon kedua tiba pada 13 April yang diiringi Pegawai Lembaga Zakat Selangor . Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 8 orang yang terdiri daripada 6 mahasiswa dan 2 mahasiswi di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Para pelajar terus dibawa ke Asrama Darul Ehsan untuk urusan pendaftaran dan penempatan di bawah pengurusan BKASM dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidika...

SYARIAH DIPERKASA, UNDANG-UNDANG DIMARTABAT Nukilan Siswa siri 22

Imej
Islam adalah sistem hidup yang sempurna, mencakupi seluruh aspek kehidupan iaitu pemerintahan, ekonomi, sosial serta seluruh lapangan kehidupan, yang memenuhi keperluan dan tuntutan fitrah manusia. Namun,era globalisasi hari ini menyaksikan sekularisme telah berjaya menjalar dan menapak pada pemikiran  sebahagian umat Islam hingga mengingkari kesyumulan Islam serta membataskan Islam dalam konteks ta’abbudiyyah (ibadat) sahaja. Firman Allah Taala : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ Wahai orang-orang yang beriman! Masukklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu.              . Islam bukanlah terhad dalam lingkungan masjid dan lilitan serban atau bertudung labuh semata-mata bahkan ia adalah panduan kehidupan agar manus...

[ DAIE TRANSFORMASI UMMAH ]

Imej
9 APRIL 2017, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dibawah Jabatan Yang Dipertua telah meneruskan lagi program dibawah kelolaan Kelab Daie, iaitu Ijtima' Duat Kelab Daie Siri 2. Program bagi ahli Kelab Daie sesi 2016/2017 ini adalah berkonsepkan universiti. Seramai 129 orang peserta ikhwah dan akhawat telah terlibat dalam program ini dan turut dibuka penyertaan secara umum sebanyak 20 tempat. Antara objektif pelaksanaan program adalah bagi memastikan para peserta mampu untuk memposisikan diri dalam medan amal, seterusnya melahirkan para duat yang cakna dengan keadaan sekeliling serta menerangkan tentang keadaan sebenar realiti semasa dan realiti ummah masa kini. Hal ini bertepatan dengan tema Kelab Daie iaitu "Daie Transformasi Ummah". Kelab Daie Siri 2 telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang diadakan antaranya, "Plan It Well" yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua 2 BKASM, saudari ...

DEMI SINAR YANG BERMANFAAT Nukilan Siswa Siri 21

Imej
 “Jadilah kamu seperti air mutlak yang suci lagi menyucikan (memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.)” “Dunia tempat menanam , akhirat tempat menuai.”              Indahnya sesuatu bicara bilamana cerminan peribadinya mampu membawa arus perjalanan hidup seseorang manusia mengorak ke arah kebaikan dan menolak keburukan . Bilamana kita membanting tulang menyumbang  tenaga untuk Islam dengan hati yang ikhlas , kita seakan dalam bayangan sinar menegakkan Islam . Maka, kita akan terus melangkah menyebarkan kebaikan dan akan membangkitkan sinar pejuangan. Dewasa ini, kita perlu memiliki ‘kunci’ kesedaran  yang mana akan membuka lubuk hati dengan panahan semangat untuk memberikan sinar yang bermanfaat buat diri sendiri juga orang lain.           “Di antara orang-orang beriman itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjik...

[ KENYATAAN BERSAMA YDP BKAN : RESOLUSI KONGRES BKAN ]

Imej
Berikutan telah berlangsungnya Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Peringkat Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Kehadiran yang melebihi seribu orang menunjukkan bahawa semangat persaudaraan dan kesatuan yang telah dibina sekian lama masih kukuh terpasak di kalangan mahasiswa Malaysia di Mesir. Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri ini diadakan bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani isu-isu yang berlaku di kalangan mahasiswa. Pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan agar perkara tersebut dapat dilaksanakan secara bersama. Hasil dari pembentangan wakil-wakil Yang Dipertua BKAN dan perbahasan daripada wakil-wakil BKAN berkaitan isu yang telah dibentangkan. Peringkat Majlis Yang Dipertua BKAN telah bersepakat untuk mengeluarkan beberapa resolusi untuk digerakkan secara bersama. Jesteru, kami menyeru kepada semua mahasiswa agar memfokuskan kepada menjayakan...

KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI : SATU SEJARAH TERCIPTA! MERCU KESATUAN TEGUH TERBINA

Imej
KHAMIS, 30 Mac 2017 – Satu program yang dinamakan Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) telah diadakan buat julung-julung kalinya di Mesir. Kongres BKAN ini diadakan di Dewan American Future Language School. Program yang bertemakan “Bersatu Hati, Teguh Berdiri” ini telah berjaya menghimpunkan seramai 1261 orang mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir.  Program ini dimulai dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari, Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sebagai wakil barisan Yang DiPertua. Seterusnya program diteruskan dengan slot pembentangan dan perbahasan isu mahasiswa Malaysia di Mesir yang dikendalikan oleh wakil YDP BKAN. Slot ini membincangkan  empat topik utama iaitu isu hisbah yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah (YDP BKPJM), isu hak mahasiswa oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah (YDP BKKIMM), manakala isu akademik dan kesatuan d...