Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

SYAWAL ’17 : WARNA-WARNI AIDILFITRI

Imej
24- 27 Jun 2017, KAHERAH : Telah berlangsung dengan jayanya Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17) anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017. Program ini telah berlangsung selama 4 hari , padat dengan aktiviti yang disediakan oleh SYAWAL ’17.       Hari pertama 24 Jun 2017, pada jam 2.00 petang Program Sambutan Yaumul Aidilfitri 2017 (SYAWAL’17) telah dimulakan dengan slot Ambang Raya iaitu Pembentangan Fiqh Raya yang berkonsepkan Talkshow. Slot ini telah disampaikan oleh saudara Muhammad Faiz bin Othman, Ketua Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2016/2017 ditemani moderator saudara Khair Zamir bin Dzulkifli. Selepas asar pula, telah diadakan Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh saudara Muhammad Faiz bin Syafie dan tepat jam 5.00 petang Majlis Penutupan IHTIRAM ’17 dan Perasmian SYAWAL ’17 dimulakan.      Majlis dimulakan dengan alunan nasyid Asma’ul Husna. Kemudian ucapan yang disampaikan...

MEMAKNAKAN ERTI KEMENANGAN SYAWAL - Nukilan Siswa siri 33

Imej
        Gema takbir raya sayu berkumandang sejurus selepas maghrib menandakan bulan Syawal telah pun menjelma. Berakhirnya tugasan besar kita iaitu puasa  Ramadan selaku orang mukmin yang benar-benar beriman. Sebulan kita  menjalani harian dengan penuh cabaran dan godaan. Maka pada hari ini kita telah mencapai kemenangan  dalam jihad mengendalikan nafsu sendiri. Insan yang benar-benar menghayati Ramadan sudah pasti mengharapkan “Piala Takwa” dapat digapai.       Persoalan kepada diri, adakah  janji untuk Istiqamah dalam melaksakan kebaikan  di bulan Syawal ini diteruskan? Tepuk dada tanyalah iman kita. Bacaan al-Quran, zikir, sedekah dan sebagainya di Bulan Ramadan sebelum ini perlu untuk diteruskan. Nabi Muhammad S.A.W bersabda “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan  yang paling Allah sukai adalah amalan yang berterusa...

PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ PERINGKAT BKASM SESI 2016/2017

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 sangat menitikberatkan agenda pentarbiahan bagi melahirkan generasi pelapis yang mempunyai kekuatan daripada segi rohani dan sahhsiah. Sempena berakhirnya peperiksaan fasa 2, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017 menetapkan tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 30 Jun 2017. Semoga semua ahli di setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj serta dapat menggunakan sepenuh masa dan peluang dalam melaksanakan aktiviti ini. "Keunggulan Sahsiah Pemangkin Mahasiswa Bertakwa" "Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan" Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017 #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook

TREMCO IMTIHAN : WASILAH KE ARAH KEJAYAAN

Imej
30 April 2017 – 15 JUN 2017,KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 di bawah kelolaan Lajnah Sambutan dan Rehlah telah menyediakan perkhidmatan Tremco Imtihan bersempena musim peperiksaan fasa kedua yang telah berakhir pada pertengahan bulan Jun yang lalu.                   Antara objektif Tremco Imtihan ini adalah sebagai salah satu wasilah untuk memudahkan pergerakan ahli ke kuliah sepanjang musim peperiksaan. Selain itu,  ia juga bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah dan keprihatinan sesama antara ahli BKASM .Tambahan pula, ia juga antara usaha untuk menjayakan pembawaan BKASM iaitu 'Bersatu Berkebajikan Mengukuhkan Organisasi' .                     Tremco Imtihan disediakan khusus untuk ahli Badan Kebajikan Anak Selangor  Mesir pada setiap kali peperiksaan d...

GRADUAN YANG BERTAKWA - Nukilan Siswa siri 32 Edisi Ramadan

Imej
Universiti Ramadan bakal menamatkan pengajiannya pada sesi kali ini dalam tempoh masa beberapa hari lagi. Setiap penuntut madrasah ini seharusnya melakukan persiapan secukupnya untuk bergelar graduan di medan yang sebenar nanti. Bagi mereka yang berjaya dengan cemerlang, ada tanggungjawab yang perlu dipikul. Tidak lain dan tidak bukan, membaiki masyarakat sekeliling. Setelah hampir sebulan mencabar diri dengan pelbagai 'assignment' dan tugasan, maka sudah sampai masa kita menterjemahkannya pula di pentas kehidupan.  Adapun yang masih belum berjaya mencapai pangkat kelas pertama mahupun anugerah dekan, usah berputus asa. Sekalipun sesi pengajian pada kali ini akan tamat, peluang untuk melakukan perubahan pada diri masih terbuka luas. Teruskan membaiki diri, dan dalam masa yang sama terus berusaha membaiki masyarakat sekeliling kita semampunya. Bukannya memencilkan diri dek kegagalan yang sentiasa menimpa walaupun telah berkali-kali ramadan dilalui. Apa yang pent...

BERIMANKAH KITA DENGAN AL-QURAN?- Nukilan Siswa Siri 31 Edisi Ramadan

Imej
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا Maksudnya : Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran).(Surah Muhammad : ayat 24) Kesinambungan ilmu, iman dan amal tidak mampu dipertikai. Bagaimana seseorang itu beriman dengan Allah dan RasulNya, mengetahui kewajipan solat tapi tidak tunaikannya? Benarkah ia iman yang sebenar? Al-Quran yang dibaca sehari-hari sepatutnya dijadikan panduan untuk memimpin kita mendapat keredaanNya. Membacanya adalah ibadah, menghafal dan memuliakannya juga diberikan ganjaran. Namun bukan terhenti sekadar itu, ada tuntutan yang perlu dilaksanakan. Lihatlah bagaimana sejarah menukilkan bahawa Saidina Umar R.A bila bermuamalat dengan al-Quran, beliau tidak akan berganjak ke ayat seterusnya sebelum beramal dengan ayat tersebut. Sebagaimana surah al-Kahfi yang dituntut untuk dilazimi pad...

TAWARAN YANG MUNGKIN SEKALI - Nukilan Siswa siri 30 Edisi Ramadan

Imej
“ Wahai Rasulullah, teruskanlah apa yang telah ditunjukkan kepadamu oleh Allah, kami bersama. Demi Allah, kami tidak berkata kepadamu sebagaimana yang dikatakan Bani Israel berkata kepada Nabi Musa : “ Pergilah kamu bersama Tuhanmu, berperanglah kamu berdua, kami mahu tinggal di sini sahaja. Akan tetapi, kami akan mengatakan : “ Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami pasti akan bersama berperang bersamamu…….’’ Yang demikian itulah kalam yang dilontarkan oleh Miqdad Al Aswad, salah seorang sahabat Baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam ketika mana Baginda meminta pandangan daripada beberapa sahabat berkaitan kesediaan mereka menghadapi Perang Badar. Seperti yang kita ketahui, Perang Badar berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 2 Hijrah. Bila difikirkan dengan kemampuan manusia yang terbatas ini, mana mungkin di saat kita menahan diri daripada lapar dan dahaga, di saat kekurangan tenaga meredah sinaran mentari beserta kekuatan umat Islam seramai 300 orang menghadapi m...