Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

CIRI – CIRI SEORANG PENDAI’E

Imej
من قال لا إلـه إلا الله فهو الداعي Mafhum daripada hadis ini ialah “Barang siapa yang mengatakan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH adalah seorang dai’e”. Namun adakah kita semua sedar dan pernahkah terlintas dalam benak pemikiran kita ini bahawasanya kita ini adalah seorang daie ataupun pendakwah? Justeru adakah kita sedar akan ciri-ciri yang melayakkan kita ini digelar sebagai seorang dai’e? Seorang daie perlu mempunyai ciri-ciri yang membezakan diri nya dan juga manusia biasa yang lain. Antara ciri – cirinya adalah seperti berikut : Seorang daie mesti berfikiran luas dan positif. Hal  ini merupakan suatu kewajipan bagi seorang dai’e kerana secara umumnya seorang pendai’e akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang pelbagai namun biasanya cabaran mahupun dugaan yang dihadapi adalah amat memeritkan. Tanpa berfikiran luas dan positif, amat sukar untuk seorang pendai’e menghadapi dan mengatasi mehnah dan tribulasi yang sentiasa datang.   ...

Sekali Rebah Tidak Mesti Jatuh Selamanya

Firman Allah SWT:   ”Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu padamu, dan sekiranya kau Kufur maka azabKu amatlah pedih” Tanggal 10 September 2007, tibalah saya di bumi mulia yang saya impikan selama ini. Saya telah memasang tekad untuk berada di bumi ini selama 4 tahun sahaja. Alhamdulillah doa saya diperkenankan olehNya yang Maha Kuasa. Dalam kegembiraan nikmat yang saya perolehi, satu saat saya telah diuji dengan ujian yang tidak dijangka sama sekali, saya telah kehilangan orang yang tersayang. “Inna lillahi wainna ilaihi roji’un”. Ya Allah!, waktu inilah saya imbau kembali Kalamullah yang sentiasa meniti dibibir Azhariyyun …. “Adakah kamu menyangka kamu beriman jika kamu tidak diuji”.

Tarbiah Yang Hebat Punya Matlamat

   SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW.                       Sungguh mulianya Nabi Allah Muhammad SAW sehingga baginda digelar Al-Amin (seorang yang cukup amanah). Bahkan dalam agama lain termasuk orang-orang Yahudi dan Nasrani ada menyebut dalam kitab-kitab mereka dengan gelaran Ahmad kepada Nabi SAW.Mulianya Nabi SAW sehingga orang yang bukan islam turut memberi gelaran untuk nabi junjungan kita Muhammad SAW .

Langit Tidak Selalu Cerah

Imej
Pintu bilik diketuk. ‘Masuklah, tak kunci pun!’, kata Kasim separuh menjerit. Kelihatan kepala Wafi terjengul di muka pintu. ‘ Banyak lagi ke nak kena cover ? Kau nak aku tolong apa-apa ke? ‘ ‘ Sikit je lagi ni. Kejap lagi habislah. Esok dah kena exam balik. Fuhh berasap kepala aku! Entah apalah nasib aku, kena dur tahun ni ‘, ujar Kasim sambil merenggangkan tangannya. ‘ Relakslah bro . Kau nak tahu tak, sebenarnya aku jealous dengan kau. ‘

Kelas Khat Berkomputer Siri II

Imej
Kaherah ,30 Julai 2012 - Unit Kesenian di bawah Lajnah Kesenian dan Sukan telah mengadakan Kelas Seni Khat Kufi Berkomputer Siri 2 yang di adakan di Rumah Selangor Haiyu Asyir.

Pemenang Pertandingan Wallpaper IHTIRAM '12

Imej
Minggu 1 IKHWAH Karya Saudara Mohd Arif Hussin

Pertandingan Khat Sempena IHTIRAM'12 (Iklan)

Imej
Imej
PROGRAM BAKTI SISWA  Padatarikh 15 Julai 2012 hingga 17 Julai 2012, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah melaksanakan Program Baktisiswa Al-Azhar (PengenalanPengajian di Mesir) untuk para pelajar Sekolah Agama Menengah Jeram bertempat di Kem Mega Krystal , KualaSelangor.