Catatan

[ LAPORAN | SAMBUTAN EIDUL ADHA 2023 (SAEIDHA '23) ]

Imej
[ LAPORAN | SAMBUTAN EIDUL ADHA 2023 (SAEIDHA '23) ] 27 Jun - 5 Julai 2023, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Sambutan Eidul Adha 2023 (SAEIDHA '23). SAEIDHA '23 yang membawa tema 'Menghayati Makna Tadhiyah Sejati' yang berlangsung selama 9 hari telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada objektif meningkatkan kesedaran pentingnya bersatu dan meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli.  Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Takbir Raya, Perutusan Raya oleh Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), aktiviti merewang, pacak kandang dan pacak khemah, sembelihan, jamuan ringan, Talkshow Saiedha '23, Sambutan Ulang Tahun BKASM kali ke-58 dan lain-lain lagi.  Pada 2 Julai 2023, telah berlangsungnya Rumah Terbuka dan Majlis Perasmian Penutupan Saiedha '23 yang dirasmikan oleh Puan Rafedah binti Abdul Aziz selaku Ketua Censeri, Kedutaan Besar Malaysia Kah...

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Imej
 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa dua telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2022/2023 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 7 Julai 2023. Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat serta kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah. Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat dari firman Allah SWT:  { ÙˆَاذْÙƒُرِ اسْÙ…َ رَبِّÙƒَ ÙˆَتَبَتَّÙ„ْ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ تَبْتِيلًا } Maksudnya: “Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) a...

[ LAPORAN | SAMBUTAN AIDILFITRI 2023 (SYAWAL '23) ]

Imej
  [ LAPORAN | SAMBUTAN AIDILFITRI 2023 (SYAWAL '23) ] 19 APRIL - 24 APRIL 2023, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Sambutan Aidilfitri 2023 (Syawal '23). Syawal '23 yang membawa konsep 'Beraya Di Kampung' yang berlangsung selama enam hari telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada objektif mengeratkan ukhuwah dan meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli. Pada 20 April 2023, telah berlangsung majlis penutupan IHTIRAM '23 dan diiringi majlis perasmian Syawal '23 yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid selaku Pegawai Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah) seterusnya disempurnakan dengan pelancaran gimik Syawal '23. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Takbir Raya, Perutusan Raya YDP, baraan raya, aktiviti merewang dan pacak khemah secara bersama, pengisian Medan Kalam, aktiviti Santai Raya, Rumah Terbuka Anak Selangor d...

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Imej
  [ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah, thaqafah dan pendidikan ahli.  Seperti sedia maklum, pengajian fasa dua bagi sesi 2022/2023 sedang berlangsung dan peperiksaan bagi penggal kedua akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan yang bakal tiba.  Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 5 MEI 2023, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini demikian b...

[ LAPORAN | SERAHAN ZAKAT ]

Imej
  [ LAPORAN | SERAHAN ZAKAT ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 20 APRIL 2023, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah menyerahkan zakat kepada beberapa orang ahli BKASM ikhwah dan juga akhawat.  Zakat tersebut telah diserahkan melalui Ustaz Amirul Azzim bin Hamidon (Timbalan Yang Dipertua I BKASM sesi 2022/2023) dan Ustazah Ain Nur Farhah binti Abd Rahman (Timbalan Bendahari Kehormat BKASM sesi 2022/2023). Semoga dengan serahan zakat yang telah diberikan sedikit sebanyak dapat membantu kewangan ahli BKASM dan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"  Jabatan Bendahari Kehormat  BKASM sesi 2022/2023 #BersamaBersatu #BersatuBerbakti #KitaKeluargaBKASM #SetiaBersamaUkhuwah

[ LAPORAN | PROGRAM IHYA' TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM '23) ]

Imej
  [ LAPORAN | PROGRAM IHYA' TARBAWI RAMADAN 2023 (IHTIRAM '23) ] 23 MAC - 20 APRIL 2023 , KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Ihya' Tarbawi Ramadan 2023 (IHTIRAM '23) yang berkonsepkan Al-Quran sebagai dustur kehidupan.  IHTIRAM '23 yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan yang lalu telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik berfokuskan kepada peningkatan tarbiah, thaqafah dan ukhuwah dalam kalangan ahli antaranya aktiviti tadarus al-Quran, tadabbur mauduie, Daurah Ramadan, Tazkirah Subuh Khas Ramadan, Iftar Jamaie, kongsi juadah dan sebagainya.  Peringkat IHTIRAM '23 telah menyusun aktiviti-aktiviti ini dengan sebaiknya supaya semua ahli BKASM dapat mengambil dan memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan sebagai madrasah tarbiah. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan dengan kerjasama lajnah dan unit-unit di bawah BKASM antaranya Tazkirah Subuh Khas Ramadan, Tabung Ramadan...

[ LAPORAN | TYT DUTA BESAR MALAYSIA DAN PENGARAH EME MENZIARAHI AHLI BKASM YANG DITIMPA MUSIBAH ]

  [ LAPORAN | TYT DUTA BESAR MALAYSIA DAN PENGARAH EME MENZIARAHI AHLI BKASM YANG DITIMPA MUSIBAH ] KAHERAH, 3 & 4 APRIL 2023 - Tuan Yang Terutama Zamani bin Ismail, Duta Besar Malaysia ke Kaherah, pada 4 April 2023 dan Encik Khairi bin Abdullah, Pengarah Education Malaysia Egypt (EME), pada 3 April 2023 telah menziarahi seorang ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) yang telah ditimpa musibah dan telah menjalani rawatan lanjut di Raba'ah al-Adawiyah Specialized Hospital. Turut bersama Pegawai Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Encik Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid dan Yang Dipertua BKASM, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar yang telah mengiringi kehadiran TYT Duta Besar dan Pengarah EME.  Keadaan semasa ahli tersebut berada dalam keadaan stabil setelah mendapat pemantauan 24 jam daripada doktor. Pihak BKASM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu samada secara langsung atau tidak langsung.  Didoakan semoga diberi kes...

[ LAPORAN | KELAS KEMAHIRAN IJTIMAK DESIGNER BKASM | SIRI 1 ]

Imej
 [ LAPORAN | KELAS KEMAHIRAN IJTIMAK DESIGNER BKASM | SIRI 1 ] 1 MAC 2023, HAYYU ASYIR - Kelas Kemahiran Ijtimak Designer BKASM siri 1 anjuran Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKASM sesi 2022/2023 telah diadakan baru-baru ini bertujuan bagi melahirkan pelapis serta mengasah kemahiran ahli dalam bidang multimedia dan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli designer BKASM. Program tersebut telah berlangsung bermula dari jam 4.00 petang sehingga 9.30 malam bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir.  Program tersebut telah dihadiri oleh 31 orang peserta ikhwah dan 27 orang peserta akhawat termasuk bilangan mentor dan penggerak program Ijtimak Designer. Majlis dimulakan dengan pembentangan slot pengisian berkenaan "Pengenalan dan Asas Reka Grafik" yang telah disampaikan oleh Ustaz Ilman Baihaqi bin Bahrim, (Setiausaha Agung BKASM sesi 2022/2023). Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah dibantu oleh mentor bagi memudahkan peserta dalam menguasai asas Reka Grafik dengan dibekal...

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ]

Imej
 [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK BERMANHAJ ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti yang sudah sedia maklum, peperiksaan fasa satu telah melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, peringkat Jabatan Fasilatator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2022/2023 menetapkan tarikh Muzakarah Berkelompok Bermanhaj pada 10 Februari 2023. Semoga semua ahli pada setiap peringkat dapat menghidupkan suasana Muzakarah Berkelompok Bermanhaj dengan ilmiah dan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikannya dalam melaksanakan aktiviti ini. Insya-Allah. Akhirnya, suka saya selitkan sedikit nasihat iaitu dari firman Allah SWT:  { ÙˆَاذْÙƒُرِ اسْÙ…َ رَبِّÙƒَ ÙˆَتَبَتَّÙ„ْ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ تَبْتِيلًا } maksudnya: “Dan sebutlah (dengan lidah da...

[KUNJUNG HORMAT YANG DIPERTUA BKASM DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

 [KUNJUNG HORMAT YANG DIPERTUA BKASM DAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ] 26 JANUARI 2023, KHAMIS, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) dan Ustaz Amirul Rasyid bin Shamsudin selaku Pembantu Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar, Yang Dipertua BKASM sesi 2022/2023, serta barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan penasihat BKASM sesi 2022/2023. Pertemuan yang berlangsung adalah untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2022/2023 serta membentangkan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi. Di samping itu, peringkat BKASM dan Pegawai Atase Pendidikan Selangor juga saling bertukar pandang...

[ KEPULANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) DAN SAMBUTAN KEDATANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) YANG BAHARU ]

Imej
[ KEPULANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) DAN SAMBUTAN KEDATANGAN ATASE PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR (TIMUR TENGAH) YANG BAHARU ] 23 DISEMBER 2022, KAHERAH - Penghantaran pulang Ustaz Mohd Yasser bin Abd Ghani, Mantan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) dan keluarga di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir yang diiringi Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar dan beberapa Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2022/2023. Pada 26 DISEMBER 2022, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) telah menyambut kedatangan pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) yang baharu iaitu Ustaz Zulhusni bin Abd Rashid. Turut serta dalam Sambutan Kedatangan Atase Pendidikan Negeri Selangor (Timur Tengah) adalah Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir, Ustaz Muhammad Zul Haziq bin Abu Bakar dan barisan Ahli Jawatankuas...

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ]

Imej
  [ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA SATU DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah, thaqafah dan pendidikan ahli.  Seperti sedia maklum, pengajian fasa satu bagi sesi 2022/2023 sedang berlangsung dan peperiksaan bagi penggal pertama akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan yang bakal tiba.  Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 9 DISEMBER 2022, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini d...

[ STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2022/2023 ]

Imej
[ STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2022/2023 ] Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2022/2023. Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Ikhwah: MUHAMMAD ZUL HAZIQ BIN ABU BAKAR (YANG DIPERTUA) AMIRUL AZZIM BIN HAMIDON TIMBALAN YANG DIPERTUA I (LAJNAH PERANCANG I) MUHAMMAD ILMAN BAIHAQI BIN BAHRIM SETIAUSAHA AGUNG (LAJNAH MUHAFAZAH) AHMAD MUBASYIR BIN KAMARUZZAMAN TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG I (LAJNAH PENDAFTARAN) IBNU QAYYIM BIN IBNU MUEZ (BENDAHARI KEHORMAT) MUHAMMAD FARIS ANAS BIN MOHAMAD RAZIF  (KETUA LAJNAH DAKWAH DAN TARBIAH) MUHAMMAD KAMIL ALIF BIN MOHD GHAZALI (KETUA LAJNAH PENDIDIKAN) MUHAMMAD ISMA SYAFIQ BIN MOHD AZIZZUL ZULKARNAEN (KETUA LAJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN) MUHAMMAD NAUFAL BIN SUHAIMI (KETUA LAJNAH KEBAJIKAN) AMIR FARIS BIN MOHD ASRI (KETUA LAJNAH EKONOMI) MUHAMMAD NUR IHSAN BIN ZAKARIA (KETUA LAJNAH PENEMPATAN DAN PERUMAHAN) MUHAMMAD NABIL BIN ROSLEE ...

[ MATEEN '22 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 DAN MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH KECEMERLANGAN BKASM 2022 ]

Imej
 [ MATEEN '22 | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-47 DAN MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH KECEMERLANGAN BKASM 2022 ] 25 OKTOBER 2022, SELASA dan 29 OKTOBER 2022, SABTU - KAHERAH: Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah mengadakan satu program mega gabungan antara Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-47 dan Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan BKASM 2022 di bawah satu nama iaitu MATEEN '22.  Program ini telah bermula pada 25 Oktober 2022 dengan Majlis Konvokesyen & Anugerah Kecemerlangan BKASM 2022 bertempat di Nasr City Company Club, Hayyu Tasi'. Program ini bertujuan untuk meraikan kejayaan para graduan serta pelajar cemerlang pengajian Islam BKASM dengan pangkat jayyid dan ke atas di samping dapat menaikkan semangat agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga menatijahkan kejayaan yang cemerlang untuk Islam khususnya. Program dimulakan dengan pengisian Kalam Tausiyah oleh Syeikh Dr Abdul Aziz Farj, Ketua Qism Fiqh Muqoron, Kul...

[ SAMBUTAN DELEGASI MENTERI BESAR SELANGOR 2022 DAN MAJLIS KONVENSYEN MAHASISWA SELANGOR TIMUR TENGAH 2022 ]

Imej
[ SAMBUTAN DELEGASI MENTERI BESAR SELANGOR 2022 DAN MAJLIS KONVENSYEN MAHASISWA SELANGOR TIMUR TENGAH 2022 ] 25 - 27 SEPTEMBER 2022, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2021/2022 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor telah menyambut kedatangan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan beberapa delegasi daripada Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Wakil Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Ketua Hakim Syarie Selangor. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan satu program bersama mahasiswa Selangor iaitu Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah Tahun 2022 (KOMSEL) yang telah bermula dari 26 sehingga 28 September 2022 di Hotel Tolip, Zahra’ Madinat Nasr. Konvensyen ini dihadiri oleh sebilangan besar Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKASM dan ahlinya yang menjadi peserta di dalam konvensyen tersebut. - 26 S...

[ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ]

Imej
  [ PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK MANHAJI ] بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 sangat menitikberatkan agenda pendidikan bagi melahirkan mahasiswa Islam yang mempunyai kefahaman yang benar dan keteguhan dalam agama. Oleh itu, Unit Fasilitator di bawah Jabatan Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022 ingin memaklumkan bahawa tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok Manhaji ialah pada 15 Julai 2022. Semoga semua ahli dapat memberikan komitmen dalam menjayakan Muzakarah Berkelompok Manhaji serta saling berkongsi ilmu dan manfaat melalui medium ini. Akhirnya, marilah kita hayati hadis Nabi Muhammad SAW, maksudnya : "Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka Allah akan memberinya kefahaman di dalam agama." Ustaz Muhammad Hazim Bin Sabli Timbalan Yang Dipertua I BKASM sesi 2021/2022 "Kualiti Diri Dipertingkat Agama Islam Dimartabat" "Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan...

[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI

Imej
[ KENYATAAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA DUA DAN PEMAKLUMAN MUZAKARAH BERKELOMPOK AMALI ] بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) adalah sebuah persatuan mahasiswa Islam yang sangat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan ahli termasuk hal ehwal berkaitan tarbiah dan pendidikan ahli.  Seperti sedia maklum, pengajian fasa dua bagi sesi 2021/2022 sedang berlangsung dan peperiksaan penggal kedua akan tiba tidak lama lagi. Seluruh mahasiswa dan mahasiswi juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan dengan menghadiri kuliah dan kelas tutorial, serta mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi perperiksaan. Sehubungan dengan itu, BKASM dengan ini mengumumkan tarikh penangguhan bagi semua program BKASM adalah pada 10 MEI 2022, dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, tarbiah dan motivasi sahaja yang masih tetap berjalan seperti biasa. Hal ini demikian bagi memberi ruang kepada mahasiswa dan maha...

[ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ]

Imej
 [ KUNJUNG HORMAT BKASM BERSAMA JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR ] 31 MAC, KHAMIS, SHAH ALAM - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 yang diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris (Timbalan Mufti Negeri Selangor) dan Ustaz Khairul Jahrin bin Hj Nasri yang bertempat di Menara Utara, Majlis Agama Islam Selangor, Shah Alam. Kunjung Hormat ini telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Mujahid b. Mad Zakuan (Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022), Ustazah Durratu Wafa' bt. Muhamad Aufa (Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2021/2022) dan beberapa orang wakil ahli BKASM. SS Prof Madya Dr. Hj Miszairi b. Sitiris mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pimpinan dan ahli BKASM yang sudi hadir ke Pejabat Mufti Negeri Selangor. Beberapa nasihat dan pesanan yang dikongsikan oleh SS Timbalan Mufti khusus kepada semua Mahasiswa Selang...

[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ]

Imej
[ PERTEMUAN YANG DIPERTUA BKASM DAN WAKIL AJKT BERSAMA PEGAWAI ATASE PENDIDIKAN SELANGOR (TIMUR TENGAH) ] 15 FEBRUARI 2022, SELASA, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2021/2022 telah mengadakan pertemuan bersama Ustaz Mohd Yasser bin Abdul Ghani selaku Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir yang bertempat di Pejabat Atase Pendidikan Selangor (Timur Tengah), Hayyu Asyir. Pertemuan tersebut diwakili oleh Ustaz Ahmad Mujahid bin Mad Zakuan, Yang Dipertua BKASM sesi 2021/2022, Ustazah Siti Anisa binti Ngah@Khairul Anuar, selaku Timbalan Yang Dipertua ll BKASM sesi 2021/2022 serta beberapa wakil AJKT dan penasihat BKASM sesi 2021/2022. Pertemuan yang berlangsung adalah berkaitan perjalanan BKASM sepanjang satu sesi serta bertukar  pandangan serta cadangan antara peringkat BKASM dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor bagi sebarang kerjasama program, khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar Selangor.  Selain itu, pihak BKASM sangat berbesar hati atas nas...

[TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]

Imej
  [TREMCO IMTIHAN : TETAP TEGUH MENJAGA KEBAJIKAN AHLI]  15 JANUARI - 3 FEBRUARI 2022, KAHERAH : Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2021/2022 telah menyediakan khidmat Tremco Imtihan untuk kemudahan ahli bawah kelolaan Lajnah Sambutan dan Rehlah yang telah berlangsung sepanjang musim peperiksaan fasa 1 yang lalu. Perkhidmatan Tremco Imtihan ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam negeri Selangor serta negeri-negeri lain iaitu Terengganu dan Pahang. Tremco Imtihan berlangsung sebanyak tiga sesi dalam sehari sepanjang tempoh peperiksaan iaitu pada pukul 7.30 pagi bagi sesi pertama, pukul 10.00 pagi bagi sesi kedua dan pukul 1.00 petang bagi sesi ketiga. Pengumpulan bagi Tremco Imtihan berpusat di Dataran Rumah Anak Selangor, Hayyu Asyir bagi pelajar ikhwah dan akhawat.  Antara objektif kebajikan yang dibawa adalah sebagai pemudah cara kepada ahli khususnya untuk hadir ke dewan kuliah awal daripada waktu bermula peperiksaan sebagai langkah persediaan, di...